PRS akan diselia dengan teliti olh Guru Bimbingan dan Kaunselling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapai ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, PRS sendiri akan belajar mehami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness)
Matlamat Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya
Matlamat penubuhan PRS adalah untuk melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan serta mampus:
- Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
- Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
- Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
- Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan murid.
Sebagai PRS, mereka perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu "Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain." Dalam usaha membantu rakan, mereka mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, mereka seharusnya berusaha mempertingkatkan dii dari segu ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan
Misi Pembimbing Rakan Sebaya
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya
Visi Pembimbing Rakan Sebaya
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti
Prinsip Pembimbing Rakan Sebaya
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal
Peranan Pembimbing Rakan Sebaya
- Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan keliling
- Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
- Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan
- Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain
- Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan bersimpati
Etika Pembimbing Rakan Sebaya
Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu;
- Amanah dan menyimpan rahsia.
- Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
- Tahu batasan dan keupayaan diri.
- Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
- Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
- Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
- Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
No comments:
Post a Comment